KARNIVAL KEUSAHAWANAN PELAJAR SECARA DALAM TALIAN

Program Karnival Keusahawanan secara dalam talian ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar dengan kemahiran asas keusahawanan seperti keupayaan untuk mengesan dan mengenal pasti peluang perniagaan, mencari sumber perniagaan, membuat penilaian terhadap sesebuah perniagaan secara kompetitif. Disamping itu, program ini dapat memberi pendedahan kepada pelajar melihat dunia perniagaan yang sebenar dan melihat betapa pentingnya ilmu asas keusahawanan, ilmu pemasaran, pengurusan kewangan, dan sebagainya. Para pelajar dapat mengaplikasikan pembelajaran dan teori-teori keusahawanan dalam kuliah kepada bentuk perniagaan sebenar secara dalam talian.